Followers

Tuesday, July 9, 2013

Menyambut Ramadhan

Tahun ni kiranya 1st time aku sambut Ramadhan as husband and wife..sebab last year, aku kan pantang dekat kampung dan sebulan aku tak puasa..

Aku pun tak boleh assume macam mana puasa dirumah sendiri..kena bangun prepare sahur semua tu..
Sebab kalau aku sorang senang..aku makan roti, cereal atau minum air je dah cukup..ni dah ada laki kena lah prepare makanan betul-betul..

Mula-mula plan nak masak sahur & lauk tu untuk berbuka sekali..balik kerja just panaskan je..
Tapi mampu ke aku nak bangun awal-awal just nak masak sungguh-sungguh..tak kot..
Jadi, mari jadi kan lauk berbuka, sekali dengan sahur..lagi effective..

Ok, sebenarnya nak cerita hari sebelum Ramadhan..iaitu semalam 9/7/2013..
Aku dan Khalida dah plan nak makan dekat Ben's..semangat ok..dan saiko pun ye sebab a few days before tu duk SMS Ben's, Ben's...haha..kitaorang memang suka makan..so, makanan tu kadang-kadang boleh buat orang saiko ataupun mental..
Lagi satu, semalam masa aku tangkap gambar-gambar food ni..Cina sebelah aku ketawa geleng-geleng kepala..hahaha..lantak lah..korang tak ada blog, jangan sibuk ye.. =p

Cards untuk mengisi masa lapang..

What we had yesterday:
Drinks
Assam Refresher
Apple Elderflower Frostie

Foods
SW Salt beef
Pie Chicken Mushroom

Desserts
Sundae Macadamia CC
Rocky Rock Cake

Alhamdulillah, semua ok..
Ambience kedai pun sangat ok..

Lepas tu time ambik Adam semalam, Ibu & Nenek dia bagi rendang ayam, kuah kacang & kuah lodeh untuk makan dengan nasi himpit..YaAllah, sedapnya..
Sebab aku rasa adat orang Negeri Sembilan memang diaorang menyambut puasa dengan buat makanan macam Hari Raya..kadang-kadang tu ada yang buat lemang semua kan..

Aku pun ada masak Nangka Masak Lemak & Ayam Goreng..lauk tu carry forward untuk sahur tadi sekali..
Berbuka ni ingat macam nak beli je..tengok la macamana nanti kan..


-Malynn-

No comments:

Post a Comment