Followers

Monday, March 24, 2014

#mh370 dalam kenangan


Tiada kata mampu diucap..
Walau aku tak kenal sesiapa didalam MH370 tu tapi kesannya sangat mendalam kepada aku..
Sedih aku, sedih lagi mereka yang terlibat..
Diharap mereka semua tabah menghadapi dugaan Allah ini..
Semoga Allah permudahkan perjalanan mencari pesawat 777 MH370 itu..
Andai tersadai dilautan dalam, Kau timbulkan lah dia Ya Allah..
Agar dapat disempurnakan jasad mereka andainya masih ada..
Ku doakan roh mereka aman disana andai benar telah tiada..

Untuk mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat ini, kuat kan hati jangan putus asa..
Untuk Dato Seri Hishamuddin, En Jauhari, En Azharuddin, you did a good job..
Setiap kali PC, aku nampak betapa stressnya mereka..betapa tak tahu apa jawapan yang nak diberi sebab semua pun masih samar lagi..
Tapi they did a very good job..mereka tak lari..mereka berdepan dengan masalah..berani tampil menjawab semua soalan..
Walaupun orang pandang hina pada kita, tapi mereka berjaya buat orang hormat pada kita..

Untuk keyboard warriors dan media asing atau tempatan yang asyik mencari salah..
Yang asyik membuat spekulasi, tanpa memikirkan perasaan orang lain..please bear in mind..
Allah tu Maha Adil, mungkin hari ni hari mereka mana tahu esok lusa hari kamu pula..
Jangankan nak menaip, nak membaca pun mungkin kamu tak sanggup..
Yang sibuk membuat fitnah, sibuk mempolitikkan semua perkara..ingat lah..ada hati yang terluka dengan apa yang kamu semua buat tu.. susah nanti nak cari minta maaf balik..

Untuk Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Co-Pilot Fariq Abdul Hamid, aku percaya yang anda berdua sudah mencuba sehabis baik untuk semua..kerana anda adalah pemegang amanah untuk keselamatan semua penumpang..tapi apa daya, kadang-kadang takdir Allah itu lagi hebat daripada perancangan manusia..
Mungkin anda hanya mangsa keadaan yang telah diatur oleh pihak tertentu, tetapi aku tahu anda adalah hero yang patut dibanggakan oleh keluarga, anak cucu mu..

#MH370 kini dalam kenangan dan akan menjadi sejarah buat Malaysia dan juga dunia..
Nama yang terlibat akan terpahat sebagai sejarah untuk semua..akan dijadikan cerita sejarah kepada generasi akan datang..
Kerana #MH370 juga, ramai bersatu..ramai kembali kepadaNya yang Esa..ramai yang tersentak dan mula mendekatkan diri kepada Allah SWT..dan mungkin ini juga titik mula untuk pembaharuan dalam pentadbiran negara kita Malaysia..banyak yang perlu diperbaiki..banyak yang perlu diambilkira dan diteliti..

Apa pun, AlFatihah untuk Muslim dan takziah untuk yang lain..


-Malynn-

No comments:

Post a Comment