Followers

Monday, March 10, 2014

Pengalaman Naik Kapal Terbang

Hari ni aku nak share pengalaman menaiki kapal terbang..
Disebabkan aku bukan berasal daripada family yang kaya, yang parents kerja dalam bidang profesional..jadinya, adalah mustahil untuk aku nak naik kapal terbang..
Bagi aku, orang yang naik kapal terbang tu orang-orang kaya je..
Golongan macam aku ni hanya tengok kapal terbang lalu atas rumah je..tu pun dah bukan main excited nya..
Belum naik lagi tu...
Tapi sekarang, aku rasa ramai orang dah mampu naik kapal terbang kan..tambang pun tak mahal sangat..kadang-kadang lagi cost effective kalau compared drive dengan kereta ataupun naik bas..

Pengalaman pertama aku naik kapal terbang adalah ke Sabah..tahun 2008 kot kalau tak salah..naik AirAsia..
Aku join akak-akak IMU..akak-akak tu arranged everything dan aku just bayar je..
Akak-akak ni pun tau betapa lah aku jakun nak naik kapal terbang tu..jadinya, diaorang willing tangkapkan gambar sebelum naik, dah naik, dah turun semua lah..excited sangat..perjalanan pulak tu dalam 2jam lebih..
Puas lah duduk dalam kapal terbang tu..dan alhamdulillah, perjalanan adalah smooth..tak rasa apa-apa...



Pengalaman kedua pulak, aku naik kapal terbang MAS ke Melbourne, Australia..tahun 2010..
Ni aku lagi la jakun kan..sebab orang kata naik MAS best..makan sedap..boleh tengok movie..
Trip ni semua dibayar oleh ex-company aku..
Aku depart dari KLIA..abang aku hantar..aku pergi dengan bos aku..seronok sangat masa ni..orang tak pernah pergi oversea memang terlebih sikit feeling dia..
Perjalanan ke Melbourne dalam 7 jam lebih..so far paling lama dalam sejarah aku naik kapal terbang..
Dalam tu pulak, cabin crew bagi comfort kit, ada bantal, ada headphone, ada selimut..seat luas..
Makanan pulak macam-macam..ada ice cream Magnum..coklat ferrero rocher..dulu la..sekarang aku tak tahu..
Dan perjalanan ni pun alhamdulillah..berjalan lancar pergi dan balik..masa balik je kot ada turbulence sikit..tapi tak teruk pun..selamat pergi dan selamat balik..



Pengalaman seterusnya, semua aku naik AirAsia..pergi Ho Chi Minh, Singapore, Bali, Kelantan, Terengganu..dan semua perjalanan ni alhamdulillah ok..aku tak pernah lagi kena flight delay sepanjang aku naik AirAsia..jadi bagi aku ok je AirAsia ni..perjalanan aku pun normally cuma 1-3 jam je..

Ok, selain AirAsia dan MAS..aku pernah naik Firefly ke Kelantan dan Berjaya Air ke Tioman..
Both ni memang menakutkan..sebab dua-dua ni kapal terbangnya kecik..tak besar mana..
Macam Firefly tu, masa aku nak balik ke KL dari Kelantan..aku balik malam dan memang cuaca waktu tu hujan..masa dalam flight memang bergegar gila..aku sampai mengucap panjang lah..stewardess pun tak jadi nak edarkan air dan snack..masing-masing terus duduk dan pakai seat belt.. alhamdulillah akhirnya sampai dengan selamatnya..dan since that, aku selalu kena fikir banyak kali nak naik Firefly ke AirAsia..

Untuk Berjaya tu, belum depart pun aku rasa nak terjunam balik dah..sebab flight kecik sangat..so any movement memang boleh rasa bergegar-gegar..kipas kat kepak tu pun just kat tepi kitaorang je..

Ni pengalaman aku naik kapal terbang..orang lain pun mungkin lebih kurang je kot kan..

-Malynn-

3 comments:

  1. Dah follow blog awk :) Kalau tak keberatan mohon follow kembali blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Kecik2 dulu kejar kapal terbang dari bawah , bila dah besar, kejar kapal terbang takut lambat boarding.

    ReplyDelete