Followers

Monday, April 21, 2014

Half Boiled Eggs

Dah try buat kat rumah tapi tak jadi..telur still cair..
Ni ok lah..kat Old Town..
Nyum nyum..


-Malynn-

#sofina2.1


Sofina 2.1 inspired by Vivy Yusof..
Hihi..aku pun tak tahu kenapa aku terpengaruh nak beli..
tengok harga ok..within kemampuan..
tengok design pun ok..sebab aku pakai sling bag Coach tu macam kecik sangat..
Maklum lah, handbag aku tu kan handbag Ayah Adam dan Adam jugak..semua nak letak situ..
Wallet, keys, botol susu, pampers..macam-macam..
Jadi memang handbag yang besar adalah satu keperluan..


Jadi, setelah dipertimbangkan aku pun purchased la Cik Sofina 2.1 ni..
Aku ambik biru gelap..nice..ada gold buckle ye orang panggil..tali pun ada 3 options..nak pendek, nak panjang sikit or nak panjang sekali..


In real, cantik la bagi aku..space memang banyak..
Tapi ni aku captured macam kurang berseri pulak..maybe aku yang kurang seni kan..
Apa pun i'm in love with this #sofina2.1..

Oh lagi satu, bag ni pre-order..2 bulan jugak la aku tunggu..dan kebetulan sampai, ngam-ngam Abu ada kat rumah..aku pun lupa samada aku letak address rumah ke office..nasib..tak payah collect dekat Poslaju..

-Malynn-

Pasal Mak Saya

Hari tu kan mak aku duduk sini dekat 2 minggu..
So as anak-anak yang baik (ehemmmm..) sibuk la semua nak bawak dia makan sedap dan pergi jalan-jalan..
Tapi sebab banyak sangat hal jugak..aktiviti adalah limited..

Sebelum balik hari tu, aku bawak mak aku pergi beli kain untuk baju raya..
Dan tanya dia nak makan apa..dia kata tak nak makan nasik..so kita pergi makan steak..
Mula-mula tanya adik beradik aku nak bawak mak makan steak kat mana..
Abang aku cakap TGI..

So, ok..TGI je lah senang..tapi memandang hari tu hari Jumaat, semua tempat pun penuh..terus pergi Empire je lah senang..kat situ ada Chilis dan ada steak jugak..

Once masuk tu, mak aku dah buat muka..biasa lah orang tua kan..
Tengok pulak budak-budak remaja yang pakai baju tak cukup kain tu kan..
Lagi lah mengucap panjang orang tua tu..hahaha..
Tapi tak apa, mak suka ke tak suka ke..aku nak dia merasa..sebab hari tu kitaorang makan adik beradik mahal-mahal..dia tak ada..dan biar dia tahu yang kitaorang makan tu tak adalah sedap sangat..hihi..





Mak aku ni macam tak lalu nak makan..tapi paksa jugak la..dia cuba habiskan sebab dia kata mahal..
Tahu tak apa aku rasa?..
Aku sedih la kan..selama ni kitaorang makan je sedap-sedap..tak kisah pun kat dia..
mak aku dah sampai point yang mana tak payah nak susah-susah dah..enjoy je life tu..makan je apa yang nak..
Mak aku ni sibuk cakap "Dah, lepas ni tak payah dah makan kat sini"..hahaha
Tak pelah mak, ina saja je nak bagi mak merasa..

Aku nak beli apa-apa pun semua suruh beli yang murah-murah je sebab dia tak kemana..duduk rumah je..
Kasut pun dia cakap nak beli yang RM10 je kat pasar malam..
Adoi la mak aku ni..sebenarnya dia tak suka membazir..

Apa-apa pun, terima kasih la ye mak..aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia sebenarnya..
Aku bukan anak yang suka menyelami hati orang tua aku..sebab hati aku pun tak ada orang nak selam..hihi..
Aku cuma harap mak aku sihat dan gembira..
Dan dia lah one of the best supporter dalam hidup aku..
Doa-doa dia lah yang mengubah hidup aku..

Sayang mak banyak-banyak..muntah kot mak aku kalau baca ni :P

-Malynn-

Sunday, April 20, 2014

Tak Sabar

Minggu ni adalah minggu last aku kerja dekat company ni..
3 tahun lebih jugak la aku kerja kat sini..pejam celik pejam celik..lama jugak rupanya..
Planning lepas ni tak tahu lagi..bolehhh???
Macam banyak sangat duit kan..
Aku happy je nak blah..tak sabar sangat rasanya..

Sebenarnya aku patut start kerja baru minggu depan..tapi on the same time aku tengah tunggu offer letter dari satu lagi company tu..
Aku harap boleh la dapat offer letter ni by this week..sebab aku nak start kerja mid of May..
Boleh cuti panjang sikit..dan nak balik kampung..lagipun kat sini pun aku dengan Adam je..air pulak kena catu..baik duduk kampung kan..makan sedap..hahaha..

Lepas grad dulu, aku tak duduk rehat lama pun..dalam 2 minggu je..lepas tu dah gatal nak balik Bangi balik sebab nak cari kerja..sebab duduk rumah lama-lama pun buat apa kan..duit tak ada..arwah bapak aku pun suka sangat marah-marah..darah pun tengah panas..so baik hidup sendiri..jangan ikut tau perangai macam ni..

Macam-macam kerja aku buat..kerja jual brooch..kerja jual barang-barang perhiasan..semua dekat Warta..
Lepas tu, kerja dekat IMU as temperory staff..lama jugak lah, dekat 7 bulan sampai masuk Fisher..
Sepanjang kerja tu aku duduk menyewa dengan kawan-kawan Ex-UKM dekat komuter Bangi..
Hari-hari jalan kaki pergi komuter..panjat tangga turun naik LRT..susah tau hidup akak ni..tapi tak apa..orang jenis independent memang macam ni..

Kat Fisher pulak aku kerja dekat 3 tahun jugak..sebelum company sekarang..

Jadinya, ni aku dah resign..kalau boleh aku nak rehat lama sikit..dah 6 tahun kerja tak berhenti-henti..
Nak spend time dengan boyfriend aku tu..nanti kerja, dah busy balik..nak spend time dengan mak aku jugak..
Kalau ada rezeki lebih, boleh lah bawak dia jalan-jalan sekali..kalau tak ada, aku just duduk rumah dia tolong makan apa yang dia masak sedap-sedap tu..hihi


Ni lah budak zaman sekarang..tengok je camera terus beraksi..
nanti mama hantar pergi casting ye..

 Ingat nanti petang-petang nak jalan-jalan naik motor..




Dan jugak mungkin boleh pergi beli burger..sebab dekat rumah opah memang ada 4 times meals - Breakfast, Lunch, Hi tea and Dinner..



Tak sabarnya nak rehat-rehat macam ni..dan nak hidup tak payah rushing pagi-pagi..tak ada traffic jam semua..

-Malynn-

Zam Zam Restaurant, Seksyen 9

Hari tu masa mak aku datang sini, hari last tu kami decided tidur dekat rumah abang aku dekat Klang..
The day before tu akak ipar aku called dan tanya pukul berapa nak sampai esok dan nanti kita makan dekat luar ye..hahaha..

Sebenarnya, sepanjang pergi rumah abang aku ni memang kami hanya makan dekat rumah dia je..masakan rumah..adalah 1-2x kot makan kat luar..sebabnya, adalah kerana abang aku dan anak dia ni alah pada Ajinomoto macam tu..
Kadang-kadang tu boleh sampai sakit kepala teruk..

Tapi, aku rasa sebab mak aku duk cerita yang abang aku yang lagi sorang tu bawak dia makan ikan siakap..akak aku pulak bawak makan steak..terus abang aku ni pun nak ajak makan luar jugak...hahaha..

So, petang tu gerak la pergi Klang..aku expect makan kat Jeram, sekali akak ipar aku cakap kita makan nasik arab dekat Seksyen 9..aku apa-apa pun bedal..cuma mak aku je yang susah sikit..tapi dia ok je..


Pergi 2 kereta la kan..aku lead lah sebab diaorang kan jarang makan luar, so jalan tak berapa teror..
Restoran Zam Zam kat Seksyen 9 ni aku memang aku selalu tengok tapi tak pernah la makan..
Fancy restaurant..

Tengok menu memang banyak pilihan..bukan makanan arab je, ada Chinese Style, Melayu Style, English Style jugak..
Tapi kami decided order Set A, harga RM140.00..ada 2 Lamb Mandy, 1 Chicken Mandy, Mix Grilled Lamb and Chicken, salad, fresh orange yang betul-betul sedap..ada lagi kot..tapi aku lupa..sesuai untuk 4-6 persons..tapi macam kami ni 8 orang pun boleh makan..



Nasi mandy dia sedap sangat..kambing pun sedap jugak..semua sedap la..overloaded la dengan kambing malam tu..

Overall, kalau nak buat family gathering memang best la makan dekat sini..environment selesa..ada tempat budak nak main..dan style kat sini pun memang datang ramai-ramai..baru best nak makan..nanti boleh pergi lagi..





Total harga tak tahu la sebab abang aku belanja kan..terima kasih la ye :)

-Malynn-

Thursday, April 17, 2014

Testimonial Ephyra

Biarlah testimonials ni yang berbicara..
Sebab akak ni tak larat lagi nak taip panjang..
Dan jangan lupa untuk bulan ni..setiap pembelian Ephyra dapat 1 Tshirt Ephyra ye..
Sebab akak dapat best deal dari pihak Ephyra..so beli 1 box pun dapat Tshirt jugak..tapi ada size S and L je..




-Malynn-

Opah dan Adam

Mak aku buat roti canai sendiri..dan moment cucu tengok Opah buat roti canai ni memang dah biasa dikalangan cucu Mat Wazip..
Ni turn Adam pulak..




-Malynn-

Perihal Sakit

Aku sakit dah seminggu..sakit yang memang nak baring je..tapi tak boleh lah kan..
Aku start sakit maybe sebab aku penat sangat..
Mak aku datang sini 2 minggu..duduk rumah aku dalam 3-4 hari je..yang lain rumah abang dan kakak aku..
Tapi nak ke sini sana tu memang aku yang hantar ambik..Abu pulak tak ada..
So Adam aku kena handle sorang-sorang..

Tetiba ada asthma dan kena ambik neb..

Maybe sebab penat terlampau dan jugak musim la kot..aku kena batuk yang teruk, selsema pun teruk..demam kadang-kadang..
Dan minggu ni aku ada beberapa benda besar yang nak kena settle..
Pendaftaran syarikat, interview..bisnes Ephyra..macam-macam la lagi..semua melibatkan rezeki..
Jadinya, tak kan nak baring je kan..nak tak nak kena jugak bergerak..

Dan sepanjang aku kerja kat sini, ni la paling banyak MC aku ambik..berderet-deret..
Dah la next week aku dah last day dah kat sini..
Tapi bos aku pun nampak teruknya aku sakit, terus dia cakap "Tak pe lah Malina, balik rehat"..
Apa lagi..memang aku balik aku tidur jelah..kan suruh rehat..
Dan tiap kali jumpa doktor pun diaorang suruh aku berehat..

Muka tak berdaya

Aku makan macam-macam ubat..tapi semua tak jalan..lepas tu aku try pergi satu Poliklinik dekat office ni ok lah ubatnya..ada la nampak better sikit..

Dan kebetulan Abu patut balik hujung minggu ni tapi bos dia bagi cuti 3 hari dari Selasa sampai Khamis..
Cantik betul aturan Allah tu kan..
So timing dia balik memang cantik..aku kena prepare untuk interview..so nak kena ade orang jaga Adam..
Dan hari Rabu tu pun macam-macam hal jugak nak settle..dan Abu ada untuk jadi driver for a day..sebab aku betul-betul tak larat..alhamdulillah..dah settle..

Ni nak pergi interview tapi kena pergi klinik dulu

Dan untuk customer Ephyra yang aku jumpa depan-depan tu, sorry la aku tak dapat sembang banyak sebab aku memang fikir nak tidur je..dan siapa yang hantar SMS or Whatapps tu pun aku balas lambat sebab tak larat dan banyak hal nak kena buat..nak jaga anak lagi..sorry sangat..

Harap minggu depan aku dah fully recovered..so semua kerja aku boleh siap kan sebelum aku keluar dari company ni..hihi...

Apa pun sakit ke tak makan tetap makan kan..
Bagus jugak berpisah ni..tak la asyik gaduh je..boleh makan best-best sikit..haha


Ni ubat untuk batuk dan tekak..


Teringin ni tapi ni makan kat Mas Mono..tak sedap macam kat Bali..


-Malynn-



Sunday, April 13, 2014

Not In Good Condition

I have an interview to attend..
I have pending jobs to settle..
And i'm not in good condition..
Demam manja-manja, selsema, batuk, sakit kepala..dah nak masuk 5 hari..
Doktor cakap kalau tak ok jugak, ambik darah..sebab takut denggi..
Tapi ikut simptoms yang ada, bukan denggi kot..
Aku pun memang dah lama tak sakit, jadinya memang timing untuk sakit la kot..

Harap semua ok sebelum Rabu ni..

-Malynn-

Wednesday, April 9, 2014

Blacklist Citylink

Ok..aku memang mals la nak merempan apa ke..tapi ni kalau dah sampai limit memang kena merempan terpaksa lah kan..lagipun aku tak suka, sebab nanti yang buruk nama aku jugak..

Macam ni, siapa baca blog aku tahu lah kot aku jual Ephyra..
Regular customer pun memang ramai..
Normally once diaorang bank in, aku akan terus pos..atau kalau diaorang bank lambat, esoknya aku pos..
Untuk 1 kotak, aku memang pakai poslaju..untuk 2 kotak ke atas, kadang-kadang poslaju atau citylink..
Ikut mana sempat..sebab poslaju sampai pukul 3 pm je..

Yang poslaju tu so far ok..ade satu je lambat sampai, tu pun sebab kawasan rumah customer tu orang buat jalan..jadinya lambat sehari..

Yang citylink ni..dulu aku pos tempat yang sama la kan, sehari dah sampai..tak kisah lah Terengganu ke, Johor ke..even KL je pun..

Ni korang tahu tak berapa hari sampai..ke KL 4 hari baru sampai, Johor 7 hari baru sampai..Tg Malim dah dekat 5 hari tak sampai-sampai..
Customer of course la tanya kan..ingat aku makan duit diaorang tapi barang tak pos..aku memang lepas pos akan terus bagi tracking no. dan nasib lah semua customer yang terlibat tu memahami..
Maksudnya, diaorang tahu bukan salah aku..tapi salah Citylink..

Dekat rumah aku tu,memang ada HQ Citylink yang besarrr sangat..memang dah jadi port dah kat area rumah aku tu untuk driver Citylink ni melepak..
Dan one of the factor barang tak sampai ni sebab driver ni yang tak deliver..
Yelah, asyik melepak je..mana nak deliver barang kan..
Patutnya Citylink ni pakai lah GPS detector tu..so tahu lah driver korang ni buat kerja ke tak..

Aku tak suka lah orang dah masuk duit, tapi barang tak dapat-dapat..kalau dekat, aku boleh hand deliver je..Yang jauh tu macamana..dan disebabkan hal macam ni lah customer boleh lari dan tak nak beli dah dengan aku..apa aku boleh buat pun, just complaint je kat Citylink yang mana aku tak tahu lah diaorang ambik port ke tak pasal complaint aku..

Aku lebih suka react as customer..dah masuk duit, barang mesti lah nak cepat kan..

So, lepas ni no more Citylink....dan kalau ade reader yang jugak customer aku baca, aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab ni memang out of my control..harap tak serik la..

-Malynn-

Monday, April 7, 2014

Prinsip

Aku rasa setiap orang ada prinsip diaorang sendiri..
Sebagai contoh, tak boleh minum masa makan..kena minum selepas makan..
Atau, tak boleh online masa kerja sebab tak nak nanti rezeki tak berkat..
Contoh je lah kan..

Macam aku, aku tak suka ambil tahu hal orang..macam kat office ni, lantak korang lah..
Janji kerja aku siap, gaji aku dapat..dah la..
Dan aku tak suka nak on Whatapps masa kerja sebab kadang-kadang conversation tu jadi panjang dan nanti asyik mengadap handphone je..sekali sekala tak apa..
Bila aku interview kerja, orang tu tanya "Are you ok to shake hand with a man?"..
Ok, aku ok tapi mostly untuk principal la..orang putih..dan aku tak nak diaorang rasa offended..
Kalau macam orang Malaysia, diaorang ok..faham..tak kisah Chinese ke Malay ke Indian..sebab diaorang dah tahu rules kan..
Dan aku pun tahu benda tu berdosa..sama jugak macam orang yang tak pakai tudung..tahu berdosa still buat..
Dalam hal ni mungkin aku tak cukup kuat untuk menjadi seorang Muslim yang betul-betul straight..
As long tak sampai memudaratkan, aku boleh consider..
Dan interviewer tu cakap "i'm ok if you don't want to shake hand with a man, it is your principe.i'll respect that"..
See, kadang-kadang prinsip kita mungkin bercanggah dengan orang lain tapi tak bermaksud prinsip kita tu salah dan prinsip dia betul..so kena lah respect kan..

Jangan lah sesuka hati cakap apa yang orang tu buat salah bila benda tu tak sama macam apa yang kita expect..
Jangan lah sebab orang tu pakai TV cembung pastu kutuk orang tu tak ada duit, padahal dia banyak duit cuma anak dia jenis yang suka ketuk-ketuk TV..kalau flat kan senang jatuh dan pecah..
Banyak la contoh lagi..

Apa yang penting kita hormati lah prinsip orang lain sebab dia suka prinsip tu..kalau kita tak suka, diam je..
lagi better..

-Malynn-

Dating dengan Boyfriend

Abu tak ada untuk 2 minggu, mungkin sebulan..
Habis tu dia tak ada, tak kan nak kami anak beranak ni nak duduk rumah je kan..
Bosan yang amat..
Jadi, Ahad hari tu aku ajak je Adam a.k.a boyfriend aku pergi jalan-jalan..
Aku memang tak kan drive kalau tak ada orang yang pegang Adam..untuk long distance la..
Kalau takat kat area rumah tu aku tak kisah..
Aku memang tak beli carseat untuk dia..sebab dah tahu dia tak akan duduk dalam tu..


Jadi, gamble je lah..dan alhamdulillah..dia behave je duduk sebelah aku sambil tengok pocoyo..

Pergi Jusco Bukit Raja je..
Dan tak rushing nak ke mana-mana..
Jadi, layan kan jelah Adam nak berjalan ke mana yang dia suka..
Sekali bertemu dengan tempat untuk main ni..
Terus lah dia tersangkut dekat sini selama setengah jam..ajak pergi makan tak nak..
Bawak keluar kejap, dia terus patah balik pergi tempat tu balik..





Nak tak nak aku bawak jugak keluar..
Boleh tak dia tantrum..sabar je lah aku..aku take away je lah makanan..
Lepas tu ambik troli masukkan dia dalam tu..beli biskut, yogurt..
Terus balik..


On the way balik tu pun dia behaved jugak..dan tidur..
Jadi, ok jelah kot kalau nak keluar berdua dengan dia lepas ni..

-Malynn-


Sunday, April 6, 2014

Catuan Air

Dulu berlagak sangat dengan orang sekeliling, cakap rumah tak kena catu..
Siap offer lagi siapa tak ada air tu, meh datang rumah..
Sekali, ni kena pulak..hahaha..
Padan muka sendiri la kan..

Kawasan rumah aku start hari Jumaat hari tu..
Hari kerja tak pe lagi..sebab tak ada lah nak pakai air sangat..
Sabtu pun aku steady je pergi basuh kain 2x..sebab air tangki banyak kot..
Yang pakai pun aku dan Adam je..
Tapi susah jugak la sebab nak masak kena ambik air dekat sinki toilet..
Walaupun beberapa langkah je tapi still aku tak suka..
Sebab toilet jadi kotor kalau basuh pinggan mangkuk kat toilet..
Lantai rumah aku pulak jenis putih, memang tak suka la nampak kotor-kotor kat lantai tu..
Adam pulak, time tak ada air ni lah berak berkali-kali..tumpahkan air..salin baju sampai 5x..

Dan aku pulak memang tak boleh kalau tak mop lantai 3-4x sehari kan..
Nak tak nak still mop jugak..tak boleh tahan..
Pinggan mangkuk pun tak boleh tunggu..kena basuh immediately..tu susah tu..

Hari Ahad ada air balik..tapi pukul 10 ke atas kot baru ada..
Jadi, bertungkus lumus la kan mop rumah lagi, basuh kain..
Lap apa yang patut..baru lah lega..balik ni nak repeat lagi..dan masak jugak la kot..
Esok dah tak ada air balik..
Nasib la ada tangki kan..kalau orang tak ada tangki tu susah jugak..
Dan aku pun tak nampak lagi lori hantar air tu..
Mungkin tak ada orang nak kot..tu tak ada hantar tu..

-Malynn-

Kata Hati

Kadang-kadang, dalam sesetengah perkara tu kita kena ikut kata hati..
Walaupun orang kata, ikut kata hati tu mati..

Sebenarnya, aku dapat invitation untuk interviews..banyak jugak la..dalam 7-8 interviews macam tu..
Penat jugak dan aku pun dah boleh expect apa yang nak ditanya..
Jadi jawapan yang aku bagi pun jawapan standard jelah..

Most interviews aku pergi ni memang dari company besar dan established..
Ada jugak company biasa je..
3 companies besar tu still menunggu jawapan sama ada layak ke 2nd interview atau tak..
1 company biasa tu dah dapat dah..gaji ok..benefits ok..so, aku decided terima je yang tu dulu..
Lagipun hati aku pun ok je masa nak terima kerja tu..so insyaAllah la ok..

Lepas tu aku dapat lagi 2 interviews..satu dari MAS, dan satu dari Uni Razak..
Mula-mula macam nak pergi..
Tapi bila MAS sekarang pun macam tak stabil, aku decided tak nak pergi..
Uni Razak pulak sebab kat KL..aku ingat dekat Kelana Jaya..
Dengan gaji yang aku mintak tu, just cukup untuk cover kalau aku kerja area Shah Alam, PJ, or Puchong je..
Kalau kat KL aku kena minta double la..sebab jauh, jem lagi..tol lagi..
Dan aku expect memang diaorang tak bagi la kot..
Tambah pulak, aku kelam kabut sekarang..Abu tak ada..
Aku kena handle Adam sorang..interview kena ada dekat KL pukul 9.30pagi..which aku tahu yang aku tak akan sempat pun nak sampai sana pukul 9.30 pagi..walaupun aku dah cuba untuk bersiap awal..
Aku tak suka jugak kalau nak kelam kabut ni..aku lebih suka sampai awal..tenang kan fikiran..baru lah masuk interview..
Jadi, aku call dan cakap je aku tak dapat datang dan terpaksa let go kan interview tu..

Harap kata hati aku betul kan..

-Malynn-

Siakap Stim


Recipe ambil dari : http://www.chicsinred.com/
Tak ada edit apa-apa..tiru sebijik sebijik..
For the sauce:
  • 7-8 pieces garlic – finely chopped
  • 5-7 pieces  thai chilles – chopped *kalau nak pedas silalah tambah
  • 4-5 pieces squeezed lime juice *this is actually according to your taste, aku belasah je
  • 4 tablespoon  nampla sauce or fish sauce
  • 1-2 tablespoon  brown sugar 
  • 1/2 cup daun ketumbar [cilantro?]
For the steam fish:
  • 1 whole fish – siakap [barramundi] or any other mild flavoured fish. 
  • 1 whole serai [lemongrassed] bruised.
Preparation:
  • Before steaming the fish, it is wise to prepare the sauce first so that the mixture is sebati with each other. Mix everything except for the daun ketumbar.
  • And then the fish, make sure you scale the fish. This is important or else you will have a hard time enjoying it later. I didn’t so it myself, I asked the fishmonger to do it for me. And after that Swirly cleaned it again – pemalas gila aku kan. Haha
  •  Make two diagonal, deep incisions on the thickest part of the fish on each side.
  • Stuffed the fish belly with the lemon grass.
  • Steam the fish. Make sure the water is boiling before you place the fish on the circular head and close the wok. Let it steam for about 8-10 minutes.
  • To check whether the fish is ready, poke a fork into the skin gently and see whether the isi senang tak bila ditarik. If it is, your fish is already fully cooked.
  • Bila the fish is ready, take it out from the wok [caution:extremely hot!]. Add the daun ketumbar into the sauce mixture and then pour them on the fish.
Initially, your fish will look boring but there should be some juice on the plate where you steam the fish. Don’t drain them away, let them mix with the sauce.
-Malynn-

Adam's First hair Cut

Sepanjang Adam hidup ni, semua rambut dia potong dekat rumah..
Masa baby lagi, just cukur je jadi botak..
Lepas tu, ayah dia je yang potong..
Masa dia tak ligat gerak sana sini, memang senang la nak potong sendiri..
Tapi sekarang, jangan cakap la..
Tu lah kadang-kadang senget sebelah..sebab belum habis gunting, dah lari..
Rambut Adam ni pulak jenis tebal dan cepat tumbuh..
Jadinya, memang kena potong selalu la..

Since mak aku ada kat sini dan Adam pun kalau dengan Opah dia memang behaved sangat..
Potong kuku elok je duduk..makan pun elok je..
Terus aku ajak mak aku teman bawak dia pergi potong rambut dekat kedai..



Orang kedai tu memang teror la aku tengok..
Sap sap sui..terus siap..
Adam pun elok je duduk..tak gerak-gerak..tapi muka memang sedih la..
Aku duduk luar, sebab kalau nampak aku nanti tak keruan jadinya..
Mak aku je stay dengan dia..
Dan akhirnya, siap..handsome la sikit..
Kalau tak, macam anak terbiar je..serabai semacam..
Tapi masa orang tu blow rambut dia tu, terus nangis..haha

Lepas ni, kalau nak mudah kena bawak mak aku la untuk control Adam..

-Malynn-

Thursday, April 3, 2014

Anak Buah Baru



Finally, keluar jugak budak sorang ni..haha.
Aku rasa macam adventure lebih sikit nak menunggu baby ni keluar..
Hari-hari dok Whatapps adik beradik sebab nak tahu khabar berita..dah keluar ke belum, dah keluar ke belum..

Apa pun, besar betul la awak ni Luqman..normal pulak tu..boleh bayang kan tak?
Berat dia 3.78kg..lahir 4.4.2014..tarikh cantik jugak tu..

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan berguna ye..

Petang ni baru nak pergi melawat sebab di lahir pun pukul 2 pagi.. :)

-Malynn-